Ramai yang tanya kepada kami di ElFaransee mengenai tempat menarik di Switzerland musim salji.
Ye la. Anda sendiri pun tahu bahawa Switzerland sangat terkenal sebagai destinasi tumpuan untuk aktiviti musim salji seperti bermain ski.
Tapi, ada banyak lagi sebenarnya aktiviti menarik yang anda boleh lakukan di Switzerland pada musim sejuk ini.
Jom baca senarai tempat menarik di Switzerland musim salji dan aktiviti yang anda boleh lakukan.
1. St. Moritz

St. Moritz terletak di kawasan pegunungan Swiss Alps, dan menjadi destinasi utama bagi penggemar ski dari seluruh dunia sejak dari dulu lagi.
Pelancong boleh menikmati banyak pilihan aktiviti ski dan snowboard, serta pemandangan yang menakjubkan di kawasan sekitar.
Terdapat banyak pilihan piste yang sesuai untuk pelbagai tahap kemahiran, dan juga terdapat banyak kelas ski yang boleh membantu pelancong yang baru memulakan aktiviti ski.
Selain itu, terdapat banyak juga restoran dan kedai butik yang menjual produk-produk mewah dan eksklusif. Sejuk-sejuk pun boleh shopping. Jangan risau.
2. Verbier – Tempat Menarik di Switzerland Musim Salji

Terletak di kawasan Valais, Verbier adalah destinasi yang popular bagi penggemar ski.
Selain menawarkan pilihan piste ski yang luas, Verbier juga menawarkan pemandangan kawasan pegunungan yang menakjubkan.
Terdapat juga banyak kelas ski dan anda juga mempunyai pilihan untuk melakukan aktiviti luar seperti hiking salji yang pastinya akan menjadi salah satu daripada pengalaman yang menarik untuk anda.
Selain itu, Verbier mempunyai banyak restoran dan bar yang menjadi tumpuan para pelancong terutamanya selepas melakukan aktiviti ski.
Ramai yang menggunakan kesempatan ini untuk berkenalan dengan orang ramai dan membina networking.
3. Grindelwald

Selain musim panas, Grindelwald juga menjadi destinasi yang popular pada musim sejuk bagi penggemar ski dan aktiviti luar lain pada musim sejuk.
Sebab itulah ia menjadi salah satu daripada tempat menarik di Switzerland musim salji kerana pelancong boleh menikmati banyak pilihan piste ski yang luas dan aktiviti luar seperti hiking salji.
Oh. Ada aktiviti lain juga anda boleh lakukan disini iaitu kereta luncur salji. Sesuai untuk anda yang tidak mempunyai kekuatan otot pada bahagian lutut dan kaki untuk melakukan aktiviti ini.
Anda juga boleh temukan banyak restoran dan butik yang menarik di kawasan ini.
4. Zermatt

Zermatt pula terletak di kawasan pegunungan Swiss Alps, dan menjadi destinasi utama bagi penggemar ski.
Kebanyakan destinasi yang kami kongsikan ini memang sesuai untuk aktiviti ski dan Switzerland sangat terkenal dengan aktiviti ini.
Namun, berbezanya Zermatt berbanding kawasan lain adalah kerana ia menawarkan pemandangan kawasan pergunungan yang sangat memukau dan menakjubkan.
Disini, pelancong boleh menikmati banyak pilihan piste ski yang luas, serta aktiviti yang menarik seperti menaiki kereta kabel untuk menikmati pemandangan dari ketinggian yang berbeza.
Selain itu, di sini juga terdapat banyak restoran dan bar yang menarik untuk dinikmati selepas aktiviti ski.
5. Davos – Tempat Menarik di Switzerland Musim Salji

Terletak di kawasan Graubünden, Davos menjadi destinasi popular pada musim sejuk bagi penggemar ski dan aktiviti luar seperti hiking salji dan menaiki kereta luncur salji.
Terdapat banyak pilihan piste ski dan sekolah ski yang menawarkan pengajaran untuk pelancong yang baru memulakan aktiviti ski.
Sama seperti lokasi lain, ia juga mempunyai restoran dan juga bar untuk orang ramai bersantai-santai selepas melakukan aktiviti ski.
6. Arosa

Terletak di kawasan Graubünden, Arosa menjadi destinasi yang popular pada musim sejuk bagi penggemar ski dan pemandangan kawasan pegunungan yang menakjubkan.
Terdapat banyak pilihan piste ski yang luas dan aktiviti luar seperti hiking salji dan menaiki kereta luncur salji. Selain itu, di sini juga terdapat banyak restoran dan bar yang menarik untuk dinikmati selepas aktiviti ski.
Kesimpulan Tempat Menarik di Switzerland Musim Salji
Banyak lagi sebenarnya tempat menarik di Switzerland musim salji. Namun, apa yang kami kongsikan tadi adalah senarai yang kami rasakan tempat-tempat yang anda tidak patut lepaskan peluang untuk kunjungi jika anda sampai ke Switzerland.
Jangan risau. Jika anda perlukan bantuan samada dari segi pakej, tour guide Muslim, pengangkutan, penginapan dan makanan halal sepanjang anda bercuti di Switzerland, kami boleh bantu anda.
ElFaransee merupakan pakar dalam kembara halal di bumi Eropah. Klik button di bawah untuk informasi lanjut.
