You are currently viewing Tips Melancong ke Eropah – 10 Tips Anda Perlu Tahu

Tips Melancong ke Eropah – 10 Tips Anda Perlu Tahu

Dalam perkongsian kali ini, kami di ElFaransee nak kongsikan beberapa tips melancong ke Eropah khas untuk semua pembaca blog kami. 

Eropah, merupakan sebuah benua yang sangat kaya dengan sejarah, budaya dan landskap. Ia sentiasa menjadi destinasi impian buat kebanyakan “kaki travel” dari seluruh dunia.

Di benua ini, anda boleh meneroka dan mengembara di beberapa buah negara yang berbeza dan setiap negara ini mempunyai keunikan mereka yang tersendiri. Namun, merancang trip anda ke Eropah boleh menjadi sedikit mencabar.

Sebab itulah kami di ElFaransee ingin kongsikan beberapa tips melancong ke Eropah untuk menjadikan kembara anda bermakna dan tak stress.

Tips Melancong ke Eropah

Jom baca beberapa tips melancong ke Eropah dan penerangan ringkas seperti berikut:

1. Merancang dan Mengkaji

Sebelum anda menjejakkan kaki ke Eropah, adalah penting untuk anda melakukan sedikit kajian terlebih dahulu. Sebagai contoh, kaji destinasi anda, fahami adat dan budaya setempat, tradisi dan senaraikan tempat yang wajib anda kunjungi.

Selain itu, lihat juga sebarang cuti umum dan festival yang mungkin akan memberikan kesan terhadap waktu operasi tempat-tempat tersebut. Sama seperti di Malaysia, cuti umum atau perayaan tertentu mungkin akan menyebabkan sesetengah tempat ditutup.

Oh. Jangan lupa juga untuk belajar dan kenal pasti beberapa ayat mudah dan ringkas dalam bahasa penduduk setempat.

2. Bajet

Kos dan belanja di Eropah adalah berbeza untuk setiap negara. Negara-negara Eropah Barat biasanya mempunyai belanja yang lebih mahal dan besar berbanding negara-negara Eropah Timur.

Apapun, rancang perbelanjaan anda dengan sebaiknya dengan mengambil kira perbelanjaan seperti penginapan, makanan, tarikan dan cenderahati yang anda ingin beli di sana.

Selain itu, ambil kira juga kadar tukaran matawang. Kebanyakan negara Eropah menggunakan Euro, namun bukan semua negara menggunakannya.

3. Travel Insurance

Satu lagi tips melancong ke Eropah yang anda perlu berikan perhatian adalah travel insurance. Ia akan cover banyak perkara di luar jangkaan seperti sakit, kehilangan barangan peribadi, atau perjalanan dibatalkan.

Sebab itulah ia penting terutamanya jika anda ingin melancong ke luar negara. 

4. Pakaian

Cuaca di Eropah sangat sukar untuk diduga. Jadi, penting untuk anda mengemas pakaian yang boleh dipakai berlapis-lapis. Pakai juga kasut yang selesa kerana kebanyakan bandar-bandar di Eropah lebih seronok untuk anda terokai dengan berjalan kaki.

Selain itu, kebanyakan syarikat penerbangan di Eropah mempunyai baggage policy yang sangat ketat. Jadi, merancang dengan sebaiknya pakaian yang anda ingin bawa boleh mengelakkan anda daripada dikenakan caj tambahan.

5. Pengangkutan Awam

Eropah mempunyai jaringan pengangkutan awam yang dikategorikan sebagai yang terbaik. Kereta api, bas, tram, dan metro merupakan pilihan pengangkutan awam yang paling sesuai, berpatutan dan efisien.

Ia lebih baik jika dibandingkan dengan teksi atau kereta sewa. Anda juga boleh pertimbangkan untuk mendapatkan pas seperti Eurail atau Interrail jika anda ingin menggunakan kereta api sebagai pengangkutan utama di sana.

6. Hormati Budaya Setempat

Tips melancong ke Eropah yang seterusnya memang anda patut amalkan dan jaga. Hormati budaya setempat dan hormati penduduk setempat. Kebanyakan tempat atau lokasi tumpuan yang melibatkan budaya dan agama, anda perlu memastikan pakaian anda adalah sopan.

Sama seperti jika pelancong asing datang ke Malaysia dan ingin melawat masjid atau mana-mana pusat agama, pakaian yang sopan dan menutup aurat akan menjadi salah satu daripada peraturan utama.

7. Kekal Berhubung

Dapatkan kad sim tempatan atau portable Wi-Fi untuk kekal berhubung. Mempunyai jaringan internet memudahkan anda bukan sahaja untuk berhubung malah memudahkan anda untuk mencari arah, mendapatkan informasi perjalanan, menterjemah bahasa atau mencari tarikan setempat.

8. Cuba Makanan Setempat

Masakan di Eropah sangat unik dan menyelerakan. Anda boleh cuba makanan setempat, mengunjungi pasar dan anda juga boleh cuba untuk masuk ke kelas masakan yang disediakan.

Apapun, pastikan makanan yang anda makan tersebut adalah bersih dan halal jika anda merupakan seorang Muslim.

9. Keselamatan

Walaupun Eropah merupakan sebuah negara yang dikategorikan selamat, namun, masih penting untuk anda memastikan keselamatan anda kekal terjaga. Hal ini kerana kebanyakan destinasi tumpuan dan ramai orang merupakan destinasi tumpuan juga kepada penyeluk saku dan scammer. 

Jaga barangan peribadi anda dengan sebaiknya kerana mereka ini sangat licik menjalankan modus operandi mereka.

10. Book in Advance

Tempat-tempat tarikan memang akan sentiasa ramai orang. Jika tempat tersebut memerlukan anda untuk membeli tiket, beli lebih awal. Kalau anda nak beli semasa di sana, anda akan buang masa terlalu banyak untuk beratur.

Bukan sahaja jimat masa. Kebanyakan yang berbuat demikian juga dapat menjimatkan duit mereka. Anda boleh juga menggunakan tips melancong ke Eropah ini untuk pembelian tiket kereta api atau penerbangan jarak jauh.

Jom Mengembara Bersama-sama ElFaransee

Eropah, dengan segala kepelbagaian dan keindahannya, adalah destinasi pelancongan yang mempesona. Setiap bandar dan tempat menawarkan sesuatu yang unik dan menarik, menjadikan Eropah destinasi yang tidak boleh dilepaskan bagi mereka yang mencari pengalaman pelancongan yang berbeza dan mengagumkan.

Banyak lagi sebenarnya tempat percutian menarik di Eropah.

Namun, apa yang kami kongsikan tadi adalah senarai ringkas yang kami sediakan untuk anda.

Jangan risau. Jika anda perlukan bantuan samada dari segi pakej, tour guide Muslim, pengangkutan, penginapan dan makanan halal sepanjang anda bercuti di Eropah, kami boleh bantu anda.

ElFaransee merupakan pakar dalam kembara halal di bumi Eropah. Klik button di bawah untuk informasi lanjut.

Leave a Reply