Tips melancong ke Perancis ini sebenarnya merupakan tips secara umum sahaja yang kami di ElFaransee ingin kongsikan dengan anda.
Perancis, dengan sejarah yang kaya, budaya yang pelbagai dan pemandangan semula jadi yang menakjubkan, merupakan destinasi impian bagi ramai pelancong.
Walau bagaimanapun, merancang perjalanan ke Perancis boleh menjadi suatu cabaran memandangkan banyaknya tempat dan pengalaman yang ditawarkan. Berikut adalah beberapa tips melancong yang penting untuk memastikan pengembaraan anda ke Perancis menjadi kenangan yang indah dan bebas tekanan.
Tips Melancong ke Perancis

Jom baca beberapa tips melancong ke Perancis dan penerangan ringkas seperti berikut:
1. Merancang dan Mengkaji
Sebelum anda menjejakkan kaki ke Perancis, adalah penting untuk anda melakukan sedikit kajian terlebih dahulu. Sebagai contoh, kaji destinasi anda, fahami adat dan budaya setempat, tradisi dan senaraikan tempat yang wajib anda kunjungi.
Selain itu, lihat juga sebarang cuti umum dan festival yang mungkin akan memberikan kesan terhadap waktu operasi tempat-tempat tersebut. Sama seperti di Malaysia, cuti umum atau perayaan tertentu mungkin akan menyebabkan sesetengah tempat ditutup.
Oh. Jangan lupa juga untuk belajar dan kenal pasti beberapa ayat mudah dan ringkas dalam bahasa penduduk setempat.
2. Bajet
Kos dan belanja di Perancis adalah tinggi. Namun, kosnya mungkin berbeza-beza mengikut kawasan di Perancis.
Apapun, rancang perbelanjaan anda dengan sebaiknya dengan mengambil kira perbelanjaan seperti penginapan, makanan, tarikan dan cenderahati yang anda ingin beli di sana.
Selain itu, ambil kira juga kadar tukaran matawang. Pastikan anda membuat kiraan bajet dengan sebaiknya untuk mengelakkan pembaziran atau masalah tidak cukup duit di sana.
3. Travel Insurance
Satu lagi tips melancong ke Perancis yang anda perlu berikan perhatian adalah travel insurance. Ia akan cover banyak perkara di luar jangkaan seperti sakit, kehilangan barangan peribadi, atau perjalanan dibatalkan.
Sebab itulah ia penting terutamanya jika anda ingin melancong ke luar negara.
4. Pakaian
Cuaca di Perancis sangat sukar untuk diduga. Jadi, penting untuk anda mengemas pakaian yang boleh dipakai berlapis-lapis. Pakai juga kasut yang selesa kerana kebanyakan bandar-bandar di Perancis lebih seronok untuk anda terokai dengan berjalan kaki.
Selain itu, kebanyakan syarikat penerbangan di Perancis mempunyai baggage policy yang sangat ketat. Jadi, merancang dengan sebaiknya pakaian yang anda ingin bawa boleh mengelakkan anda daripada dikenakan caj tambahan.
5. Pengangkutan Awam
Perancis mempunyai jaringan pengangkutan awam yang dikategorikan sebagai yang terbaik. Kereta api, bas, tram, dan metro merupakan pilihan pengangkutan awam yang paling sesuai, berpatutan dan efisien.
Ia lebih baik jika dibandingkan dengan teksi atau kereta sewa. Anda juga boleh pertimbangkan untuk mendapatkan pas seperti Eurail atau Interrail jika anda ingin menggunakan kereta api sebagai pengangkutan utama di sana.
6. Hormati Budaya Setempat
Tips melancong ke Perancis yang seterusnya memang anda patut amalkan dan jaga. Hormati budaya setempat dan hormati penduduk setempat. Kebanyakan tempat atau lokasi tumpuan yang melibatkan budaya dan agama, anda perlu memastikan pakaian anda adalah sopan.
Sama seperti jika pelancong asing datang ke Malaysia dan ingin melawat masjid atau mana-mana pusat agama, pakaian yang sopan dan menutup aurat akan menjadi salah satu daripada peraturan utama.
7. Kekal Berhubung
Dapatkan kad sim tempatan atau portable Wi-Fi untuk kekal berhubung. Mempunyai jaringan internet memudahkan anda bukan sahaja untuk berhubung malah memudahkan anda untuk mencari arah, mendapatkan informasi perjalanan, menterjemah bahasa atau mencari tarikan setempat.
8. Cuba Makanan Setempat
Masakan di Perancis sangat unik dan menyelerakan. Anda boleh cuba makanan setempat, mengunjungi pasar dan anda juga boleh cuba untuk masuk ke kelas masakan yang disediakan.
Apapun, pastikan makanan yang anda makan tersebut adalah bersih dan halal jika anda merupakan seorang Muslim.
9. Keselamatan
Walaupun Perancis merupakan sebuah negara yang dikategorikan selamat, namun, masih penting untuk anda memastikan keselamatan anda kekal terjaga. Hal ini kerana kebanyakan destinasi tumpuan dan ramai orang merupakan destinasi tumpuan juga kepada penyeluk saku dan scammer.
Jaga barangan peribadi anda dengan sebaiknya kerana mereka ini sangat licik menjalankan modus operandi mereka.
10. Book in Advance
Tempat-tempat tarikan memang akan sentiasa ramai orang. Jika tempat tersebut memerlukan anda untuk membeli tiket, beli lebih awal. Kalau anda nak beli semasa di sana, anda akan buang masa terlalu banyak untuk beratur.
Bukan sahaja jimat masa. Kebanyakan yang berbuat demikian juga dapat menjimatkan duit mereka. Anda boleh juga menggunakan tips melancong ke Perancis ini untuk pembelian tiket kereta api atau penerbangan jarak jauh.
Jom Mengembara Bersama-sama ElFaransee

Perancis, dengan segala kepelbagaian dan keindahannya, adalah destinasi pelancongan yang mempesona. Setiap bandar dan tempat menawarkan sesuatu yang unik dan menarik, menjadikan Perancis destinasi yang tidak boleh dilepaskan bagi mereka yang mencari pengalaman pelancongan yang berbeza dan mengagumkan.
Banyak lagi sebenarnya tempat percutian menarik di Perancis.
Namun, apa yang kami kongsikan tadi adalah senarai ringkas yang kami sediakan untuk anda.
Jangan risau. Jika anda perlukan bantuan samada dari segi pakej, tour guide Muslim, pengangkutan, penginapan dan makanan halal sepanjang anda bercuti di Perancis, kami boleh bantu anda.
ElFaransee merupakan pakar dalam kembara halal di bumi Perancis. Klik button di bawah untuk informasi lanjut.
